expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

27 September, 2014

JAMBANG WANITA INI RAHSIA PERKAHWINANNYA YANG BAHAGIA


Mungkin ramai lelaki yang mahu berjambang untuk kelihatan macho. Ada yang terpaksa berhabis agar wajah ditumbuhi jambang untuk memberikan kesan lebih 'jantan' pada wajah mereka. 

Namun, bagi seorang wanita berusia 65 tahun, dia tidak perlu bersusah payah kerana wajahnya secara semulajadi ditumbuhi jambang yang disimpannya sehingga 8 inci panjang.

Jambang luar biasanya itu telah membuat Mukhtabor Toraeva menjadi wanita paling terkenal di kampungnya di Turbat, selatan Kazakhstan.

Namun, apa yang peliknya adalah Mukhtabor berkata bahawa jambang itulah yang adalah rahsia kebahagiaan rumah tangganya yang kekal selama 42 tahun.

"Suami saya berkahwin dengan saya ketika wajah saya sudah mula berjambang," jelasnya dengan bangga.

"Dia suka dan kami kini mempunyai seorang anak lelaki, anak perempuan, dan enam orang cucu. Walaupun jambang ini adalah keturunan yang diwarisi daripada keluarga saya, anak perempuan saya tidak mempunyainya," kata Mukhtabor.

"Namun, ibu dan nenek saya mempunyai jambang juga walaupun jambang mereka tidak seperti saya kerana hanya mencapai 6 inci," katanya lagi.

Mukhtabor berkata wajahnya mula ditumbuhi jambang ketika dia berusia 25 tahun, dan ramai orang mengaguminya. Rakan-rakan dan saudara-maranya menghargai beliau, begitu juga dengan orang asing yang ditemuinya apabila dia berjalan di sekitar Uzbekistan.

No comments:

Post a Comment