expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

14 September, 2014

JERITAN KUAT DISANGKA JENAYAH RUPA-RUPANYA...



Kejadian ini mungkin agak melucukan sehingga menyebabkan pihak polis datang untuk menyiasat namun mendapati ianya hanyalah sesuatu yang memalukan. 

Dalam satu kejadian, penduduk yang dalam kebimbangan di satu kawasan kejiranan di Barcelona, Sepanyol telah menghubungi polis berhubung satu jeritan kuat yang mereka dengar kerana menyangkakan sesorang sedang berhadapan masalah. 

Polis yang telah dihubungi bergegas ke tempat kejadian, namun mereka mendapat tahu bahawa jeritan itu datang daripada satu sumber yang tidak disangkakan.

Apabila pihak polis hadir, mereka terus sahaja mengetuk pintu sebuah rumah di RubĂ­ di mana datangnya bunyi jeritan itu. 

Alangkah terkejutnya mereka apabila jeritan kuat yang didengar itu sebenarnya datang daripada sebuah filem lucah dan rupa-rupanya ketika itu seorang lelaki sedang menonton porno dengan tingkap yang terbuka luas.

Pihak polis kemudiannya memberitahu lelaki itu untuk memperlahankan suara dari filem yang ditontonnya dan memikirkan tentang jiran-jiran beliau di masa depan.

Itulah padahnya kalau terlampau seronok dan asyik menonton porno sampai tak prihatin pada sekeliling dan terlupa segalanya.

KAWASAN KEJIRANAN INILAH YANG GEMPAR APABILA MENDENGAR JERITAN KUAT

No comments:

Post a Comment