expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

09 September, 2014

PASANGAN LESBIAN BERKAHWIN SETELAH 72 TAHUN BERSAMA



Pasangan lesbian tertua, Vivian Boyack, 91, dan Alice duta, 90, akhirnya berkahwin di daerah Iowa, Amerika Syarikat selepas menjalin hubungan yang begitu lama sejak tahun 1942.

Reverend Linda Hunsaker, yang mengacarakan majlis yang telah sekian lama dinantikan itu, memberitahu pasangan tersebut dan tetamu mereka: "Ini merupakan satu sambutan yang sepatutnya berlaku lama dahulu. '

Mereka akhirnya mengangkat sumpah perkahwinan di hadapan sebilangan keluarga dan rakan-rakan rapat mereka di First Christian Church in Davenport. Iowa mula membenarkan perkahwinan sama jantina sejak tahun 2009.

Kedua-dua wanita ini bertemu ketika sama-sama membesar di bandar asal mereka di Yale, Iowa, dan telah bersama selama 72 tahun.

Pada tahun 1947, mereka berpindah ke Davenport untuk mendirikan rumah, di mana Vivian bekerja sebagai seorang guru dan Alice memegang pelbagai jawatan bergaji.

Pasangan itu banyak melancong bersama. Mereka telah menjelajah ke setiap pelosok Amerika, semua wilayah di Kanada dan mereka juga telah melawat England sebanyak dua kali.

Mengulas tentang hubungan mereka yang telah terjalin selama lebih tujuh dekad, Vivian memberitahu bahawa mereka telah berusaha keras dan saling mengasihi, manakala Alice pula hanya berkata: "Kami seronok menghabiskan masa bersama,"

No comments:

Post a Comment