expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

06 September, 2014

POTONG KEPALA BAYI SENDIRI DAN TANAM BELAKANG RUMAH

ABANG KEPADA FENG TAI YANG BERCAKAP KEPADA PEMBERITA
KEBUN BELAKANG RUMAH YANG MENJADI TEMPAT BAYI ITU DITANAM
Seorang wanita telah memotong kepala anaknya yang berusia 16 bulan dengan pisau dan memberitahu polis dia tidak menyesal membunuh anaknya itu.

Feng Tai, 31, mengaku telah mencekik anak kecilnya itu sehingga pengsan di rumah keluarga mereka sebelum memotong kepalanya ketika dia masih hidup.

"Saya melakukannya dan saya tidak menyesal. Dia tidak akan perlu menderita lagi sekarang kerana dia telah bebas," katanya dalam satu kenyataan kepada polis di utara China.

Abang kepada wanita ini, Feng Tsao, 34, berkata: "Dia telah tertekan sejak kelahiran bayi dan suaminya telah keluar bekerja di luar untuk tempoh yang panjang.

"Keluarga membantunya, keluarga suaminya juga membantunya, tetapi dia sering menghadapi tekanan," katanya.

"Dia menelefon saya di tengah-tengah malam untuk memberitahu bahawa dia akan membunuh bayinya dan pada mulanya saya tidak percaya, tapi apabila saya sampai ke rumah, dia menunjukkan kepada saya kepala anaknya itu. Ia sangat mengerikan,"katanya lagi.

Polis menemui mayat bayi itu yang ditanam di kubur cetek di kebun belakang rumah keluarga mereka di bandar Anguo, di utara timur wilayah Hebei China.

Jurucakap polis memberitahu: "Ibu bayi malang ini telah mengaku melakukan pembunuhan itu tetapi jelas sekali dia tidak sihat dan telah dibawa untuk penilaian psikiatri. Kami akan terus menyiasat kes ini dan bapa kanak-kanak itu juga telah dimaklumkan,"

Suami wanita itu ketika dihubungi pula berkata: "Ia adalah satu tragedi yang dahsyat tetapi saya tidak mempunyai pilihan melainkan untuk bekerja di luar dan saya tahu isteri saya sering sangat tidak berpuas hati mengenainya,"

No comments:

Post a Comment