expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

12 September, 2014

PULANG KE KAMPUNG HALAMAN WALAUPUN HANYA ABU


Bagi seorang lelaki, tiada yang lebih bermakna daripada melihat abu mayat keluarga tersayang berjaya disemadikan dengan sempurna walaupun tidak berkesempatan melihat mayat mereka.

Ng Soo Pae amat lega melihat ketibaan tiga pasu yang mengandungi abu mayat dua orang anak perempuan dan cucunya di tempat pengebumian Seu Teck Sean Tong  di Jalan Sultan Ibrahim, Muar.

Lelaki berusia 67 tahun yang berkerusi roda lelaki dan bercakap dalam dialek Teochew itu memberitahu bahawa memang niatnya untuk membawa abu mayat anak-anak perempuannya Ng Shi Ing, 33, Elisabeth Ng, 30, dan cucunya Benjamin Lee, 1, kembali ke Muar.

"Penantian memang amat menyeksakan dan mereka akhirnya pulang ke rumah bersama-sama untuk di kampung halaman mereka di Muar," kata Ng.

"Saya berasa lebih tenang sekarang kerana daoat melihat mereka pulang kerana hasrat saya akhirnya telah tercapai," katanya lagi.

Pasu berisi abu mayat itu telah dihantar dari Pusat Xiao En Bereavement di Cheras dan tiba di tampat pengebumian itu pada pukul 10:20 pagi.

Dlam upacara tradisional Tao, pasu-pasu itu diletakkan di bawah payung kertas dan dibawa untuk dipamerkan di tapak pengebumian itu.

Bermula dengan Pae Soo, ahli-ahli keluarga dan saudara-mara bergilir-gilir mereka untuk memberikan penghormatan terakhir kepada tiga pasu berisi abu mayat itu.

No comments:

Post a Comment