expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

26 September, 2014

REKAAN GAUN iPHONE


Mungkin kita pernah lihat pelbagai rekaan gaun yang unik daripada pelbagai bahan seperti kertas dan juga kondom sebelum ini. Namun, bagaimana pula dengan gaun telefon bimbit?

Pelik, tapi itulah rekaan unik terbaru bagi gaun wanita. Pereka fesyen kelahiran Israel, Elie Tahari telah mencipta 'iPhone Dress'  atau Gaun iPhone sebagai satu cara memberi penghormatan terhadap penawaran produk terbaru Apple.

Walaupun reka bentuk pakaian ini kelihatan seperti diperbuat dengan kain yang sangat asas, ia dibuat daripada jejaring khas menggunakan 'techno-fabric' yang membolehkan lebih 50 iPhone dijahit dan melekat di atasnya.

Gaun iPhone ini mungkin bukan sesuatu yang boleh dipakai oleh orang ramai, namun tujuan Elie adalah untuk menggayakan gabungan fesyen dan teknologi serta bagi meraikan iPhone 6.

"Saya sentiasa mendapat inspirasi daripada iPhone. Satu-satunya peranti yang benar-benar saya miliki adalah iPhone," kata Elie.

No comments:

Post a Comment