expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

06 September, 2014

SENTUH BUAH DADA DAN BERI SUMBANGAN AMAL?



Kesedaran dan keprihatinan orang ramai tentang kerja-kerja amal kini semakin meningkat. Pelbagai cara dilakukan untuk meningkatkan kesedaran bagi menyelamatkan masyarakat dunia.

Di Jepun, bintang filem pornografi mereka juga tidak ketinggalan menyahut seruan ini dalam satu acara pelik yang dipanggil Telethon Erotik Menyelamatkan Bumi.

Dalam acara pelik itu, 12 bintang porno Jepun telah dengan rela menghadiahkan buah dada mereka untuk acara telethon 24 jam dengan tujuan mengumpul wang untuk badan amal Stop AIDS.

Bintang-bintang filem lucah ini telah membenarkan peminat menyentuh dan merasa buah dada mereka dengan tangan sebagai balasan untuk sumbangan amal yang diberi peminat. 

Ini merupakan sebahagian daripada acara tahunan TV 24 jam ke-12 iaitu Erotisme Menyelamatkan Bumi. Telethon itu dianjurkan oleh Sky TV Perfect, iaitu saluran tv dewasa dengan tema 'Sumbangan Sosial Sambil Menikmati Erotik'

Dalam acara siaran langsung itu, peminat diberi peluang untuk berinteraksi dengan beberapa pelakon terkemuka saluran berkenaan. 

Pihak penganjur dijangka berjaya menarik kira-kira 2000 peminat yang mampu dana sejumlah 2 juta Yen (RM 60570)

SEBAHAGIAN BINTANG PORNO JEPUN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM ACARA ITU
PELIK; CARA MELAKUKAN KERJA AMAL YANG PELIK
EROTIK SAMBIL BERAMAL...BOLEHKAH PERLAKUAN INI DIPANGGIL KERJA AMAL?

No comments:

Post a Comment