expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

30 December, 2014

LELAKI PALING ROMANTIK DI CHINA-BERJAYA MEMBELIKAN ISTERI CINCIN BERLIAN PADA USIA 80 TAHUN


Paparan imej seorang warga emas berusia 80 tahun yang menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada isterinya kini menjadi viral di di laman sosial China, Weibo.

Gambar-gambar pasangan itu yang kelihatan sedang mencuba cincin berlian telah dimuat naik oleh seorang pengguna Weibo dengan kapsyen 'Beginilah Xinjiang' dan kini telah dikongsi lebih daripada 1,500 kali.

Tertarik dengan gambar-gambar tersebut, Pejabat Internet Xinjiang memutuskan untuk menyiasat cerita itu. Mereka telah menghubungi dan menemuramah kakitangan di kedai barang kemas di mana gambar itu diambil.

Menurut salah seorang pekerja kedai berkenaan, pasangan itu telah datang ke kedai tersebut tengah hari sebelum itu dan lelaki itu berkenaan kemudiannya bertanya tentang cincin berlian dengan harga yang berpatutan.

Jurujual di situ telah mengesyorkan satu cincin yang dijual pada harga diskaun. Selepas mencubanya, lelaki tua itu membayar dengan wang yang diambil dari segulung besar wang kertas yang dipercayai telah lama disimpannya.

Lelaki tua itu turut menyebut bahawa dia mahu membuat isterinya gembira selepas bersusah payah sepanjang hidup mereka. "Kami hidup susah. Saya hanya ingin menggembirakannya," katanya kepada jurual berkenaan.

Pekerja di situ turut menghayati gambar-gambar pasangan itu dengan harapan bahawa sikap romantis ini akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk lebih menghargai pasangan hidup mereka.

Apabila para pengguna Weibo mendapat tahu cerita di sebalik gambar-gambar berkenaan, ia jelas telah menyentuh hati kebanyakan mereka. Banyak yang menulis bahawa gambar-gambar tersebut begitu menyentuh perasaan sehingga ada yang menitiskan air mata.

Salah seorang pengguna mengulas gambar itu dengan berkata, "Ini adalah cinta sejati" manakala seorang yang lain pula berkata, "Ini adalah perkara yang paling romantis pernah berlaku di tempat saya. Saya doakan agar mereka memperoleh kehidupan yang lebih baik!"

GAMBAR-GAMBAR PASANGAN TUA YANG ROMANTIK INI MENJADI VIRAL DI LAMAN SOSIAL
WANG HASIL SIMPANAN SEUMUR HIDUP UNTUK MEMBELIKAN ISTERI SEBENTUK CINCIN BERLIAN
BUKTI CINTA SEJATI; CINCIN BERLIAN YANG AKHIRNYA BERJAYA DIHADIAHKAN PADA ISTERI

No comments:

Post a Comment