expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

10 January, 2015

BAND HEAVY METAL DENGAN IMEJ MCDONALD




Mungkin selama ini anda merasakan McDonald dan muzik heavy metal merupakan 2 perkara berbeza dan tidak ada kaitan langsung, tetapi sebuah band baru telah membuktikan sebaliknya.

Kumpulan yang diberi nama ‘Mac Sabbath’ ini berasal dari Los Angeles dan merupakan sebuah kumpulan heavy metal. 

Kumpulan ini dianggotai oleh 4 orang ahli yang berpakaian seperti watak-watak McDonald iaitu Ronald Osborne, Grimace, yang Hamburglar, dan Mayor McCheese. Mereka mempersembahkan lagu Black Sabbath yang bertemakan lirik burger.

Menerusi laman Facebook kumpulan itu, mereka bukanlah pelawak yang menjual baju-T'. Sebaliknya, mereka menggambarkan diri mereka sebagai Ronald Osbourne dan seluruh geng dalam kostum penuh dengan memainkan semua lagu hit mereka seperti ‘Sweet Beef’ and ‘Chicken for the Slaves’  dalam persembahan berbentuk multimedia dengan video, teater, penyertaan penonton dan nyanyian beramai-ramai

Walaupun kini band ini telah wujud untuk beberapa lama, tetapi kebanyakan persembahan mereka dilakukan secara rahsia di tempat yang tidak diketahui. 

Mereka seolah-olah baru keluar dari kepompong dan melakukan beberapa siri persembahan secara langsung di  West Coast tahun lepas. 

"Baru-baru ini saya telah meyakinkan Ronald Osbourne untuk muncul dan tidak hanya membuat persembahan under ground serta membenarkan saya memperkenalkan mereka melalui Facebook," tulis pengurus band ini, Mike Odd.

Persembahan live pertama mereka dibuat pada Julai tahun lepas, dan para penonton yang menghadiri persembahan tersebut berpendapat yang ia cukup menakjubkan.

WALAUPUN MEMBAWA IMEJ JENAKA MEREKA MEMPERTARUHKAN MUZIK HEAVY METAL 

No comments:

Post a Comment