expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

08 January, 2015

PERCAYA ATAU TIDAK, BANDUAN WANITA INI MENYELUDUP PISTOL DALAM KEMALUANNYA


Seorang banduan wanita baru-baru ini berjaya menyeludup sepucuk pistol melepasi tidak kurang daripada 4 pengawal penjara dengan teknik yang luar biasa dan sangat berbahaya.

Josephine McAllister, 34, didakwa menyeludup sepucuk pistol ke dalam pusat tahanan metropolitan di Albuquerque dengan cara menyembunyikan senjata itu di dalam farajnya.

Josephine memberitahu pegawai polis yang kekeliruan bahawa dia mempunyai pistol yang disembunyikan di pinggang semasa dia ditahan kerana memiliki kad kredit curi dan menentang penangkapan ke atasnya pada Disember.

Namun, wanita itu tidak pula memberitahu polis tentang pistol yang disembunyikan kerana takut lebih banyak dakwaan dikenakan ke atas dirinya.

Dia juga mendakwa dia berjaya untuk terus menyembunyikan pistol itu di pinggangnya sepanjang masa beliau sedang diperiksa oleh pegawai penjara, walaupun sudah banyak kali diperiksa.

Kakitangan penjara telah dimaklumkan tentang kejadian itu selepas individu lain menemui sepucuk pistol dalam sebuah tong yang menyebabkan mereka percaya bahawa ia telah disembunyikan dalam kemaluan wanita itu.

"Kami memang begitu teliti dalam membuat pemeriksaan namun bahagian itu memang tidak difikirkan kerana kami tidak dapat mencari di dalam rongga badan," kata pegawai bertugas, Simon Drobik.

JOSEPHINE MCALLISTER MENDAKWA PISTOL TERSEBUT DISEMBUNYIKAN DI PINGGANGNYA

No comments:

Post a Comment