expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

08 January, 2015

BERCINTA SEBAGAI PASANGAN GAY, KAHWIN SEBAGAI PASANGAN LESBIAN


Pasangan gay dan lesbian memang sudah agak normal di kalangan masyarakat barat. Namun apa yang menarik tentang pasangan ini adalah mereka merupakan gay ketika bercinta dan telah menjadi pasangan lesbian ketika merancang perkahwinan.

Parma Bertoli, 59, dan pasangan Stephanie Nickles, 43, mula menjalin hubungan cinta pada tahun 2004 ketika kedua-dua mereka adalah lelaki .

Namun kedua-dua mereka tekad menjalani pembedahan menukar jantina sepenuhnya untuk menjadi wanita. Stephanie menjalani pembedahan menukar jantina pada tahun 2006 manakala pasangannya Parma pula menjalani pembedahan untuk menjadi seorang wanita pada tahun 2008.

Pasangan itu yang tinggal di Warndon, Worcester, telah mengubah sijil kelahiran mereka untuk mencerminkan identiti baru mereka sebagai wanita.

Mereka telah mengikat tali pertunangan pada tahun 2009 dan pada bulan hadapan, pasangan ini sedang membuat persiapan bagi melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Namun, malang bagi mereka kerana terpaksa menunda tarikh perkahwinan selepas Parma telah disahkan menghidap tumor otak terminal pada bulan Oktober lalu dan dijangkakan mempunyai hanya 12 bulan lagi untuk hidup.

"Steph dan saya menjalin hubungan pada tahun 2004 semasa kami berdua adalah lelaki dan telah tinggal bersama-sama sebagai lelaki," kata Parma.

"Steph kemudiannya menjalani pembedahan menjadi seorang wanita dan saya turut melakukan perubahan yang sama tidak lama kemudian. Hari ini sebagai wanita pun, kami masih saling mencintai," jelas Parma lagi

Namun kehidupan mereka dikejutkan dengan tragedi selepas itu apabila Parma mula menderita sakit kepala yang teruk pada awal tahun lepas. Dia yang disahkan menghidap tumor otak yang tidak dapat dirawat telah diberi tempoh setahun sahaja oleh doktor untuk hidup.

"Kami mahu berkahwin kerana kami saling menyukai antara satu sama lain dan kami tidak pasti sama ada Parma masih berada di sini tahun depan. Sekarang kami tidak mempunyai wang untuk membiayai segalanya malah untuk membeli cincin," kata Stephanie

Pasangan itu kini merayu bantuan dan sumbangan untuk menjadikan impian perkahwinan mereka sebagai satu kenyataan.

PARMA DAN STEPHANIE YANG DAHULUNYA PASANGAN GAY KINI MENJADI PASANGAN LESBIAN
TETAP BERSAMA, MEREKA MENJALANI KEHIDUPAN BERSAMA-SAMA DALM APA JUA KEADAAN
PARMA BERTOLI DIBERI TEMPOH SETAHUN SAHAJA LAGI OLEH DOKTOR UNTUK HIDUP
STEPHANIE SENTIASA BERSAMA PASANGANNYA MENGHADAPI SAAT GETIR DALAM HIDUP


No comments:

Post a Comment