expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

08 January, 2015

WANITA YANG MENGAHWINI 2 EKOR KUCING SAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-10


Bulan ini genap 10 tahun usia perkahwinan seorang wanita bernama Barbarella Buchner. Mungkin menyambut ulangtahun perkahwinan ke- 10 adalah perkara yang biasa kita dengar, namun apa yang menarik tentang wanita ini adalah dia telah berkahwin dengan 2 ekor kucingnya yang bernama Spider dan Lugosi.

Barbarella berkata suami kucingnyai membuat dia lelaki lebih bahagia berbanding mana-mana lelaki dan dia tidak mempunyai keinginan untuk mencari pasangan manusia.

Barbarella , 48 adalah seorang pereka web yang berasal dari London. Dia merasakan yang dia tidak akan mencari cinta lagi selepas hubungan terakhirnya dengan seorang manusia berakhir selepas tempoh 7 tahun.

"Bekas kekasih saya adalah orang yang paling penting dalam hidup saya sehingga hubungan kami tak mampu dipertahankan lagi. Kami akhirnya tidur di bilik yang berasingan." kata Barbarella

Menurutnya walaupun dia menangis selama beberapa minggu selepas perpisahan tersebut, dia merasa selesa bersama Spider dan Lugosi. 

Dia mula menyedari bahawa sokongan emosi daripada kucing-kucingnya dan cintanya pada mereka adalah lebih kuat daripada apa yang pernah dirasakannya terhadap mana-mana lelaki. Melalui laman web marryyourpet.com, dia telah diberi sijil perkahwinan bersama kucing-kucingnya itu.

Sebagai simbol komitmen terhadap pasangannya, dia telah mencacah tatu singkatan nama mereka pada kaki kanannya. Tindakan Barbarella itu mendapat kritikan hebat daripada banyak pihak. 

Selain daripada dikatakan mengamalkan bigami kerana mengahwini 2 ekor kucing, Barbarella juga dikritik kerana Spider dan Lugosi adalah adik beradik. Namun, dalam hal ini, dia cepat menepis dan menjawab segala tohmahan yang dilemparkan padanya.

"Jelas sekali saya tidak pernah mempunyai hubungan seks dengan kucing-kucing saya. Ia hanya kerohanian kasih murni dan cinta tanpa syarat daripada kedua-dua belah pihak, hanya itu saja," katanya.

Walaupun begitu Barbarella berkata dia tidak menyesal dengan segal tindakannya dan tidak peduli dengan apa yang mungkin diperkatakan oleh orang lain.

Walaupun kini Lugosi dan Spider telah pun berusia 14 tahun, Barbarella berkata dia tidak mempunyai rancangan untuk pernah berkahwin semula selepas mereka mati.

BARBARELLA BERSAMA 2 SUAMI KUCINGNYA
KEKECEWAANNYA MULA TERUBAT APABILA BERSAMA KUCINGNYA
SIJIL PERKAHWINAN BARBARELLA DAN KUCING-KUCINGNYA
TATU SIMBOL 'S' DAN 'L' PADA LENGANNYA YANG BERMAKSUD SPIDER DAN LUGOSI

No comments:

Post a Comment