expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

08 January, 2015

OBSESI HAPPY MEAL MCDONALD



Sebut sahaja Happy Meal, pasti ramai yang terbayangkan hidangan burger McDonald dan mainan kanak-kanak. Berapa banyak koleksi mainan Happy Meal yang anda ada?

Bagi seorang lelaki bernama Mike Fountaine, 9 bilik di rumahnya digunakan untuk menyimpan 75,000 koleksi mainan percuma oleh McDonald yang dikumpulnya hampir separuh abad.

Lelaki berusia 60 tahun itu kini boleh berbangga kerana memiliki koleksi item dari restoran makan segera yang terbesar di dunia.

9 bilik di rumah Mike digunakan untuk menyimpan koleksi 75,000 barangan tersebut yang dipamerkan di atas rak panjang.

Koleksi terbesar itu merangkumi 11,700 pin butang McDonald dan hampir setiap mainan Happy Meal yang pernah dibuat di Amerika Syarikat.

Obsesinya itu bermula apabila Mike mula bekerja di restoran makanan segera itu ketika berusia 15 pada tahun 1968 iaitu pada bulan yang sama Big Mac diperkenalkan.

Setahun kemudian beliau mula mengumpul koleksi dengan pin butang yang diberikan kepadanya sempena setahun perkhidmatannya.

Kini setelah 46 tahun , Mike berjaya membuka 2 cawangan restoran McDonald miliknya sendiri dan telah dianugerahkan beberapa anugerah tertinggi daripada rangkaian restoran makanan segera itu.

Dalam masa yang sama, dia masih mengumpul barangan koleksi tersebut dan jumlahnya sentiasa meningkat iaitu kira-kira 100 koleksi baru setiap bulan.

"Koleksi ini adalah segala-galanya untuk saya, ia adalah merupakan kerja hidup saya. Beribu-ribu jam telah saya luangkan untuk memasang bentuk koleksi ini dan menjadikannya satu persembahan yang amat baik," kata Mike.

"Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga McDonald," tambah Mike lagi

Minat mendalam Mike ini dipamerkan di rumahnya di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Selain tempat penyimpanan bersaiz 2,400 kaki persegi yang dibina itu, rumah Mike turut mempunyai bilik rahsia yang dipenuhi dengan koleksi item yang dikumpulnya.

"Bilik rahsia saya mengandungi hampir setiap paparan barangan Happy Meal yang pernah dibuat di Amerika Syarikat dan setiap mainan Happy Meal yang dihasilkan antara tahun 1979 hingga 2005," kata Mike.

Mike tidak hanya berbangga dengan koleksinya, malah dia kini memiliki restoran McDonald di Allentown, Pennsylvania yang mewah beserta chandelier dan sering dianggap sebagai restoran McDonald paling cantik oleh para pengunjung.

Pada tahun 1986 Mike telah diberi anugerah Ronald McDonald untuk kerja-kerja khidmat masyarakatnya.

Pada masa depan, dia berharap untuk menjadikannya koleksinya sebagai muzium untuk membantu mengumpul wang bagi badan amal Ronald McDonald.

"Dengan mengenakan bayaran masuk untuk melihat koleksi ini, segala kutipan yang diperoleh akan disalurkan ke badan amal Ronald McDonald House untuk membantu kanak-kanak di seluruh dunia yang menghidap kanser," jelas Mike.

MENUNJUKKAN ANUGERAH MCDONALD YANG DIPEROLEHINYA
MCDONALD TELAH MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA HIDUPNYA
DIA KINI MENGURUSKAN 2 BUAH RESTORAN SENDIRI
TAK PERNAH JEMU MENGUMPUL SEGALA ITEM DARI MCDONALD
MIKE KADANGKALA MEMBANTU DI RESTORAN MCDONALD MILIKNYA
BERKONGSI MINAT...BERSAMA PASANGANNYA YANG SENTIASA MENYOKONG
KETIKA MULA BEKERJA DI MCDONALD PADA TAHUN 1968
MIKE DINAIKKAN PANGKAT  MENJADI PENOLONG PENGURUS MCDONALD
MIKE MENERIMA ANUGERAH DARI MCDONALD ATAS PENCAPAIANNYA


No comments:

Post a Comment