expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

10 January, 2015

BATANG BESI TECUCUK KELUAR MENEMBUSI PUNGGUNG


Seorang lelaki menghadapi saat yang memalukan ketika dikejarkan ke unit kemalangan dan kecemasan dengan batang besi yang tercucuk ke dari bawah melalui punggungnya.

Lelaki malang bernama Ajay Deora, 29, dari bandar Banswara di Rajasthan, utara India, dilaporkan dalam perjalanan pulang selepas minum beberapa gelas bir di rumah kawannya.

Dia tiba-tiba terasa ingin ke tandas dan memutuskan untuk berhenti di tapak sebuah bangunan namun malang sekali dia tergelincir dan jatuh setinggi 20 kaki lalu jatuh di atas batang besi.

 "Saya dalam perjalanan untuk berjumpa teman wanita saya apabila saya mendengar seorang lelaki menjerit," kata seorang pejalan kaki, Shah Kohli, 30 yang kebetulan lalu di situ.

"Ia kedengaran seperti bunyi binatang liar, dan apabila saya pergi ke sana untuk melihat apa yang telah berlaku saya nampak seorang lelaki yang lemah berlinangan darah dengan batang besi tertusuk keluar dari kawasan kelangkangnya," tambahnya lgi.

"Ia jelas menusuk tubuhnya dari satu arah menembusi bahagian lain dan dia kelihatan menahan sakit dan mengalami kejutan.Saya juga tidak pernah melihat apa-apa kejadian mengejutkan seperti ini," jelas Shah.

Ajay Deora yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke hospital di mana kakitangan hospital telah memotong separuh daripada batang besi itu sebelum membuat x-ray dari duburnya yang tertusuk itu..

Jurucakap hospital berkata: "Rod besi itu tertikam masuk dengan kuat hingga menyebabkan kerosakan dalaman yang serius,"

"Kami berjaya mengeluarkannya dengan selamat dan walaupun  dia kini semakin pulih, ia akan memakan sedikit masa sebelum dia boleh berjalan atau bagi ususnya berfungsi semula dengan baik," kata pihak hospital lagi.

ROD BESI YANG TERTIKAM MENEMBUSI PUNGGUNG AJAY 
MENAHAN SAKIT...AJAY MENAHAN KESAKITAN AKIBAT TUSUKAN ROD BESI ITU

No comments:

Post a Comment