expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

01 January, 2015

SAKSIKAN VIDEO LELAKI TERPANTAS DI DUNIA MENAIP DENGAN HIDUNG


Menaip dengan menggunakan hidung kedengaran seperti sesuatu yang agak mustahil dan mengarut untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Namun, apabila anda berjaya memecahkan rekod dunia dengan menaip 103 perkataan dalam masa kurang dari 1 minit, itu menjadi sesuatu yang luar biasa.



Mohammed Khursheed Hussain, 23, dari Hyderabad, India, berjaya menggunakan hidungnya untuk menaip sebanyak 103 perkataan dalam masa hanya 47,44 saat.

Dia berjaya melakukan aksi menakjubkan itu bagi mencatat namanya di dalam Guinness World Record selepas melakukan sesi latihan 6 jam setiap hari selama 3 tahun.

Dalam percubaan untuk mecipta rekod itu, Khursheed telah diarahkan untuk menggunakan hidungnya bagi menaip ungkapan: ‘Guinness World Records has challenged me to type this sentence using my nose in the fastest time’(Guinness World Records telah mencabar saya untuk menaip ayat ini menggunakan hidung saya dalam masa yang paling pantas).

Ia bukanlah kali pertama bagi Khursheed  untuk melakukan sesuatu yang menakjubkan dengan keyboard.  Pada bulan Februari 2012, dia telah mencipta rekod dunia dengan menaip keseluruhan abjad dengan jarinya dalam masa 3.43 saat..


No comments:

Post a Comment